Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil memberikan ucapan alu-aluan di dalam majlis perasmian Madrasah Ilmiyah Maula Al-Muwahhidin, wilayah Syiraz, Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi berkata, "Di sepanjang sejarah, terdapat individu yang berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan institusi pendidikan hawzah dan kita juga mempunyai tanggung jawab menjaga dan mengembangkan hawzah-hawzah.""Agama Islam telah menyatakan kepentingan ilmu dan pengetahuan, tidak ada satu pun ajaran dan mazhab yang tidak mengakuinya," ujar beliau mengenai kedudukan ilmu dan ulama dalam Islam.Oleh kerana madrasah ini terletak bersebelahan dengan masjid Ahlusunnah, ulama besar Qom ini berkata, "Kedudukan madrasah ini yang bersebelahan dengan masjid Rasul Akram (s.a.w), milik Ahlusunnah Syiraz menunjukkan perpaduan antara Syiah dan Sunni. Kami telah memaklumkan kepada saudara-saudara Ahlusunnah bahawa pintu madrasah ini terbuka untuk kegunaan mereka."Sebarang pertentangan antara saudara-saudara Ahlusunnah dan Syiah tidak perlu diterangkan, dan misi penting kita ialah perpaduan dan kesatuan yang sempurna antara umat Islam di seluruh dunia."Syiah dan Sunni mampu berganding tangan untuk menghadapi golongan perosak di peringkat global. Dalam keadaan pihak musuh menghasut peperangan dalam berbagai negara serantau, maka perpaduan umat Islam merupakan sebuah kemestian," terang beliau.Tegas beliau lagi, "Ahlusunnah tidak sama dengan golongan Wahhabi Takfiri yang sedikit bilangannya. Dengan kejahilan dan hati yang keras, mereka mencari aib dunia Islam."
1 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 468914
Ayatullah Nashir Makarim Syirazi menyentuh tentang perpaduan Syiah dan Sunni dengan menyatakan, "Golongan perosak di muka bumi khuatir terhadap konsistennya perpaduan saudara Syiah dan dan Sunni."